1.0 Pengenalan
Ekologi ialah
kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam persekitaranya. Semua
hidupan terpaksa saling bergantung sesama sendiri dan perlu bergantung kepada
persekitarannya dalam komuniti masing-masing atau dengan komuniti lain. Istilah ekologi
diperkenalkan oleh Enerst Haeckel (ahli biologi Jerman) pada 1869. Ekologi
berasal daripada bahasa Yunani iaitu ‘oikos’ - rumah dan ‘logos’ – ilmu,
yang membawa pengertian ilmu tentang
rumah (tempat tinggal) dan makhluk hidup.
Antara sifat
semulajadi sesebuah ekosistem ialah mempunyai keupayaan pemulihan kendiri (self
regulation) untuk sentiasa mencapai tahap kesimbangan. Keseimbangan ekosistem
penting untuk kestabilan yang berkekalan. Sebuah ekosistem yang tidak seimbang
akan menimbulkan masalah, contohnya ekosistem sungai yang mengalami gangguan
akan menyebabkan banjir atau kemarau. Keseimbangan yang ingin dicapai dalam
ekosistem ialah “keseimbangan dinamik” iaitu keseimbangan yang sentiasa
berubah-ubah mengikut gangguan yang berlaku dalam sesebuah ekosistem,contohnya
dalam ekosistem hutan, banjir dan kemarau mempengaruhi populasi pengeluar dan
pengguna. Keseimbangan sesebuah ekosistem dicapai apabila tenaga yang masuk ke dalam ekosistem tersebut
sama dengan tenaga yang keluar atau
bahan yang keluar dari ekosistem tersebut. Mengikut teori ekosistem terdapat
kecenderungan bagi sesebuah ekosistem berkembang ke arah suatu keadaan yang
stabil dan mantap supaya menjadi sebuah ekosistem yang matang. Proses menuju ke
arah kestabilan dan kemantapan ini dinamakan sebagai sesaran. Apabila keadaan
stabil dicapai maka tenaga dan bahan yang ada di dalam sebuah ekosistem
digunakan dengan cekap dan optimum.
Kegiatan manusia
dan bencana alam menyebabkan perubahan
sesuatu ekosistem. Bencana alam, seperti letusan gunung berapi dan gempa bumi
merupakan suatu yang berada di luar jangkaan manusia. Namun kegiatan manusia,
seperti tindakan pencemaran dan eksploitasi yang berlebihan terhadap sumber
daya alam, secara langsung atau tidak langsung akan mengakibatkan terjadinya
perubahan ekosistem. Kerosakkan terhadap habitat suatu ekosistem ini akan
secara langsung mengubah ekosistem pada habitat tersebut. Kajian perubahan
ekologi yang dijalankan iaitu di Kampung
Jejawi, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. Kampung ini diberi nama sempena pokok
yang berada dikawasan itu iaitu pokok Jawi.
2.0
Lokasi Kajian
Kajian yang telah
dijalankan adalah berkaitan dengan gangguan ekologi yang berlaku di kampung
Jejawi, daerah Pasir Mas, Kelantan. Kampung Jejawi merupakan kawasan yang mengamalkan aktiviti
ekonomi seperti menanan padi, menoreh getah, bercucuk tanam dan sebagainya. Namun aktiviti penanaman padi dan
menorah getah merupakan ekonomi utama di kawasan ini. Ia terletak di dalam
daerah Pasir Mas, dan ia berada diantara jalan Pasir Mas dengan Rantau Panjang.
Kawasan tanah yang sesuai untuk pertanian padi kerana mempunyai tanah alluvium
yang sesuai untuk aktiviti pertanian.
LOKASI KAJIAN KAMPUNG JEJAWI
|
Rajah
1 : Peta Kg Jejawi, Pasir Mas
3.0 Perbezaan perubahan ekologi dahulu dan kini.
Sekiranya kita
lihat secara geografi kampung Jejawi, dahulunya mempunyai keluasan tanah hutan
dan juga tanah sawah yang luas. Penduduk
kampung ini menjalankan aktiviti utama mereka ialah menanam padi huma sekitar tahun 1942-an.
Selepas itu mereka telah mencuba benih padi yang boleh ditanam dua kali setahun
contohnya MR 84, 77, 219,
dan sebagainya yang dikeluarkan oleh MARDI. Penduduk di kampung ini telah
mengubah ekologi kawasan daripada kawasan pertanian padi kepada kawasan
penanaman getah. Penduduk disini telah menanam getah kerana hasil getah yang
tinggi berbanding dengan hasil padi. Sekiranya kita lihat, zaman dahulu
penduduk kampung ini hidup mengunakan sumber hutan, tetapi hari ini kawasan ini
telah berubah disebabkan manusia ingin mendapat hasil daripada tanah hutan ini
iaitu dengan menanam getah, sedangkan banyak hasil hutan yang boleh penduduk di
kawasan ini mendapatkannya, antaranya rotan terutama dari jenis sentawa, yang
terdapat di kawasan kampung Jejawi ini. Menurut Mohd Nor, salah seorang
penduduk di kampung Jejawi, memberitahu saya bahawa tapak rumah mereka asalnya
daripada kawasan pusu atau busut dan juga adanya pokok buluh. Mereka mengatakan
bahawa di busut itu terdapatnya cendawan yang tumbuh, apabila rumah didirikan
diatas busut itu ini menyebabkan kepupusan flora iaitu sepsis cendawan dan ini
menyebabkan ekosistem terganggu. Kampung Jejawi juga berdekatan dengan sungai,
hal ini menyebabkan air sungai yang
tidak dapat ditampung oleh sungai melimpah
keluar dan akan berlakunya banjir
tidak kira semasa musim tengkujuh atau bila- bila masa sahaja, hal ini berlaku
sejak dahulu hingga sekarang, dan menyebabkan banyak haiwan dan tumbuhan akan
mati.Hal ini menyebabkan ekologi manusia dan persekitan terganggu. Apabila kita
melihat lokasi kampung Jejawi pada masa dahulu asalnya kawasan hutan , dan juga
sawah padi, hari ini kita dapat lihat kawasan ini menjadi kawasan penanaman
getah dan juga kawasan dusun atau kawasan petempatan penduduk mula bertambah
disebabkan anak mereka membuat petempatan baru dikampung ini. Antara salah satu
faktor yang menyebabkan perubahan ekologi ini berlaku adalah disebabkan oleh
aktiviti manusia, namun ada juga faktor semulajadi iaitu fenomena kebakaran,
fenomena ini berlaku akibat cuaca panas yang keterlaluan dan kurang hujan turun
di sesuatu kawasan.
4.0 Gangguan Terhadap Flora dan Fauna
Selain itu,
aktiviti manusia merupakan faktor utama menyebabkan habitat terancam dan
perubahan ekologi berlaku misalnya melalui penebangan hutan tanpa kawalan,
Lazimnya amalan ini dilakukan untuk tujuan pembangunan seperti membuat
petempatan baru dan sebagainya. Kaedah tebang bersih atau pembalakan haram ini boleh
menyebabkan kemusnahan spesis flora dan fauna secara besar-besaran. Selain itu,
kemusnahan rantaian makanan akan turut terancam, kehilangan habitat dan
seterusnya menjejaskan ciri ekologi. Ini merupakan salah satu kemusnahan habitat
terutamanya haiwan seperti tupai, burung yang tidak mempunyai habitatnya yang asal,
begitu juga dengan haiwan-haiwan yang liar yang lain. Akibat aktiviti ini,
hutan semulajadi perlu mengambil masa yang lama untuk membaik pulih menjadi
hutan sekunder. Perkara diatas merupakan salah satu faktor yang menjadi
penyebab utama kemusnahan habitat terutama di kawasan kampung Jejawi. Pada masa
yang sama aktiviti pembalakan yang melibatkan kerja-kerja penebangan pokok
bertujuan untuk membina laluan atau jalan pengangkutan bagi mengangkut keluar pokok
kelapa sawit.dan juga hasil penoreh getah ini menyebababkan perubahan ekosistem
dikawasan kampung ini. Selain itu sekarang ini banyak kawasan di kampung saya
telah berubah arah iaiatu aktiviti ekonomi mereka ialah mereka telah bertukar
daripada padi kepada menanam getah. Sesetengah tanah sawah ditukar kepada
penanaman getah kerana getah mempunyai pasaran yang tinggi sekarang ini. Hal in
menyebabkan spesis yang berada dikawasan tanah sawah akan mengalami gangguan ekologi
dan mereka akan berhijrah mencari tempat lain untuk mengekalkan ekosistem
mereka, contohnya spesis yang ada dikawasan tanah sawah seperti ikan puyu
sawah, belut, tikus dan sebagainya.
Selain daripada
itu di kampung saya juga mempunyai kawasan sawah padi, melalui pemerhatian
terhadap ekosistem sawah di kampung saya, saya dapati beberapa gangguan ekologi
akibat daripada kegiatan manusia itu sendiri. Hal ini kerana aktiviti manusia
secara tidak terkawal terhadap kawasan tersebut telah menyebabkan kawasan sawah
tercemar daripada sisa pertanian seperti penggunaan racum kimia secara berlebihan
dan juga penggunaan baja yang memberi impak terhadap kawasan persekitarannya.
Kawasan sawah padi mengalami gangguan ekologi kerana manusia menggunakan baja
atau racun untuk meningkatkan mutu padi dan juga ingin menghalau serangga
perosak. Hal ini menyebabkan baja kimia akan masuk ke dalam kawasan tali air bersama-sama dengan air hujan.
Apabila baja kimia masuk ke dalam tali
ini menyebabkan hidupan akuatik akan
mengalami gangguan dari segi nilai ph air. Hidupan akuatik yang berada dalam
tali air itu akan mati atau dijangkiti penyakit. Apabila manusia makan ikan
yang berada dalam tali air ini, hal ini akan menyebabkan kesan buruk terhadap
kesihatan manusia seperti barah dan sebagainya. Penggurangan ikan kecil yang
berada dalam tali air, kerana mati akibat daripada baja kimia dan juga racun
perosak ini mengurangkan sumber makanan kepada ikan besar dan keadaan ini boleh
memberi gangguan terhadap ekologi di kawasan tersebut. Seterusnya, melalui
aktiviti pembajakkan tanah juga menyebabkan kawasan perlindungan hidupan
akuatik seperti ikan turut musnah. Hal ini kerana kebanyakkan ikan sawah
habitatnya ialah dalam tanah seperti di dalam lubang-lubang kecil yang
dijadikan tempat untuk perlindungan daripada pemangsa selain itu ikan ini juga
tinggal di kawasan lopak-lopak air tanah sawah. Penggunaan jentera moden
seperti jentera pembajak akan menghancurkan struktur tanah dan mengubah
bentuknya yang tidak sesuai untuk sesebuah habitat utuk hidup. Perubahan ini
secara tidak langsung akan memberi kesan kepada habitat tersebut yang boleh
menyebabkan hidupan akuatik seperti ikan akan berkurangan. Pengurangan ini juga
akan menyebabkan sesebuah ekosistem akan terancam akibat daripada perubahan
bentuk kawasan sawah padi ini.
(Jamaluddin Md. Jahi, 1996)
Akhir - akhir
ini, kawasan kampung saya telah menggunakan kejutan elektrik untuk menangkap
ikan, penggunaan kuasa elektrik dalam menangkap ikan ini memberi dampak yang
besar kepada hidupan akuatik kerana ia boleh menyebabkan kepupusan hidupan
akuatik seperti ikan kecil, kerana ia akan mati dan tidak akan membiak dengan
baik akibat kejutan elektrik. Hal ini akan mengganggu ekosistem kawasan tali
air ini dan juga kawasan lain seperti sungai dan juga parit. Apabila masyarakat
menggunakan alat elektrik untuk
menangkap ikan, hal ini menyebabkan mereka akan
memperolehi hasil yang banyak tidak seperti orang yang mengunakan alat seperti
pukat, jala, bubu, temila, chandit dan sebagainya. Kepupusan sumber hidupan
akuatik akan berlaku akibat penggunaan alat elektrik dan sumber makanan akuatik
seperti ikan haruan akan berkurangan beberapa tahun akan datang dan anak-anak sudah pasti tidak akan dapat melihat ikan-ikan
yang berada di kawasan tali air ini dan di kawasan sungai kampung Jejawi ini. Selain
itu kawasan paya/alor yang berada di kawasan kampung Jejawi ini juga di teroka
untuk laluan pintas untuk sampai ke
kampung lain, ini bagi memudahkan
penduduk kampung untuk keluar berurusan menghantar anak ke sekolah atau
sebagainya. Hal ini juga menyebabkan pokok sagu di tebang dan menyebabkan
ekosistem kawasan ini terganggu. Sebagai contohnya biasanya binatang seperti
biawak akan berada di kawasan pokok sagu ini sebagai habitat atau tempat
mencari makanaanya, tetapi apabila tempat mereka di teroka, ini akan
menyebabkan binatang ini mencari kawasan lain untuk mendapat tempat
perlindungan. Selain itu binatang ini juga akan mencari makanan di dalam
kawasan kampung kerana habitat mereka di ganggu oleh manusia. Selain itu,
banjir akan cepat berlaku kerana kawasan ini tidak dapat menampung air dan
apabila berlakunya banjir, ini akan menyebabkan habitat atau tempat tinggal
haiwan akan musnah.
Gambar 3 : keadaan tali air yang
tercemar.
GAMBAR 4: Penggunaan alat
elektrik untuk menangkap ikan dan belut.
5.0 Kesimpulan
Pembangunan yang pesat
pada masa kini, banyak mendatangkan masalah kepada alam sekitar akibat daripada
sikap manusia itu sendiri yang tidak cakna atau tidak mengurus alam sekitar.
Melalui kegiatan manusia ini juga kita dapat melihat beberapa spesis hidupan
aseperti ikan haruan sawah dan
sebagainya semakin terancam akibat daripada kegiatan manusia yang telah
meneroka atau melakukan sesuatu yang menjejaskan habitat semulajadi ini.
Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya ganguan ekologi yang serius terutamanya
di kawasan yang berdekatan dengan aktiviti manusia seperti aktiviti pertanian.
Pertanian dan penerokaan kawasan hutan yang tidak terancang ini akan menyebabkan
berlakunya ketidakseimbangan ekosistem alam sekitar yang serius dikawasan terebut
dan boleh menjejaskan hidupan akuatik serta ekologi amnya. Tindakan segera
perlu diambil untuk menangani masalah yang sedang berlaku ini, lebih baik
mencegah dari awal iaitu dengan menjalankan kerja-kerja pemuliharaan
terutamanya di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti berlaku kerosakan dan
juga gangguan ekologi. Melalui langkah-langkah yang diambil akan dapat
mengurangkan gangguan terhadap ekologi dan pertanian juga dapat dilakukan
secara lestari tanpa merosakkan alam sekitar.